Ok ini aku nak kongsi, Kemalangan aku ini memang salah aku lah. Aku dari parking parking stright. Then aku nak keluar terus ke hadapan. Tiba2 ada kereta lain nak masuk parking depan aku. Tergesel teruk jugalah kereta dia dengan kemik. Aku punya calar.
Alhamdulillah masing2 selamat tiada cedera. Selepas itu mangsa kereta itu pun kata, nak buat macam mana ini?? Kereta ini bukan saya punya. Kalau saya punya boleh lagi saya maafkan. Ini kereta ayah saya. Kalau nak repair pun beribu juga ini. Ayah saya baru cat pula tu. Abang ada insyuran tak ??
Ini pengalaman pertama lah bagi aku kemalangan yang banyak songeh. Selalunya aku kene kemalangan motor ke basikal. Memang kita damai then minta maaf terus masing-masing balik. Benda bukan sengaja berlaku. Kalau kita masih hidup itu Alhamdulillah panjang umur kita. Part insyuran ini aku tak faham, macam mana mangsa nak tuntut. Aku cuak juga tapi kawal jugalah. Mana tak nya, Tengok kanan kiri banyak geng dia. Apa yang aku faham insyuran, setiap kenderaan ada insyuran masing2. Jadi aku pun tak confident betul ke tak sebab kereta ini atas nama mak aku. Aku sendiri tak panik nak kol mak aku. Dia dah panik kol ayah dia. Mungkin pengalaman baru dia kot.
Tanpa buang masa dia minta IC dan no plat kate untuk amik gambar. Aku baru tahu dia tak ada hak pun atau kad kuasa untuk dia ambil gambar IC. Yang hanya boleh ambil NO IC sahaja Tulis kita bagi. Bukan ambil gambar IC. It's wrong!!! IC itu ibarat nyawa kita lah. Kalau2 orang tu buat load atas gambar IC nanti bahaya tau.Tiada siapa boleh ambil gambar. Yang hanya boleh tengok sahaja itu pun dengan polis yang ada kad kuasa. Tak boleh ambil gambar. Kalau dia nak snap juga. Kau Chow je. buat tak tahu. Lepas itu aku bagi no fon dan aku suruh dia pergi bengkel tanya berapa kos?? Pastu roger. Aku pun chow
Anggaran kos paling killer aku agak lah kos dalah RM 800 maksimum. Pintu kemek. Kalau ketuk dan cat buang masa dah. Paling koman pun dia beli pintu baru RM 150 tak masuk upah dan cat balik. Cat balik aku tak tau kos dia berapa. Mungkin RM 400. Bila aku survey balik ada pomen kata RM 250 sahaja paling murah. Ketuk dan cat balik.
Kemudian ayah dia kol aku. Nak sattle macam mana. Pandangan aku mula2 nak tolong bayar kos. Time tu pula dia ngaku dia POLIS. Kira kereta POLIS persendirian lah. Aku dapat tahu part tu, aku cuak gila. Walaupun aku tak jumpa dia. Tapi aku takut sangat. Aku balik bincang dengan mak ayah aku tentang insyuran kerata ini. Pandangan mak ayah aku suruh claim insyuran, dan mereka suruh aku jangan buat repot. Kalau aku repot aku bodoh. Dia kol buat tak tahu jee. Jadi aku keliru sangat2 apa aku patut buat.
Lepastu aku terus bagi SMS ayah mangsa itu suruh buat repot dan claim insyuran. Then ayah magsa kol aku tanya bila nak buat repot. Aku jawab esok paginya. Sempat lagi bawah 24 JAM. Dia kata kalau aku tak buat aku susah nanti. Satu malam itu aku tak boleh tidur sebab dok check online bagai tentang insyuran ini. Sekiranya aku tak buat repot, mangsa akan susah nak claim insyuran nanti. Tapi kalau yang bersalah itu buat repot dia kene saman RM 300.
Aku dapat mimpi pula yang aku patut bayar saman itu. Aku tak tahu lah mungkin Allah bagi petunjuk atau mainan tidur aku. Niat aku baik. Aku kalau boleh tak nak pihak sana susah. Insyaallah akan datang bila aku susah Allah pasti bagi petunjuk dan mudahkan urusan aku. Terang2 salah aku. Kenapa aku kene ikut cakap mak ayah aku kata. Kalau aku buat report aku bodoh. Paginya aku terus pergi Polis Trafik buat report. Buat report kene bayar RM 4 aku kene. Pelik juga. Bukan kita beli borang pun.
Dah siap buat laporan kene jumpa Sarjan penyiasat pula.Cerita lah gedebab-gedebub kat sarjan itu. Kalau rasa kau tak salah kau defence. Kalau dah salah mengaku je lah. Terbukti memang sarjan itu kata aku salah. Then aku tanya nak bayar saman sekarang boleh tak? Sarjan itu kata boleh, dia tanya lagi aku ada bawa 300. Aku terus terang ada lah. Lepastu sarjan itu kata , saya tolong kurangkan RM 150 dengan kawan dia di Bukit Aman. Nanti risit tulis RM 100 then RM 50 itu dia amik.
Stright aku jawab depan dia, macam rasuah je??
Sarjan itu jawab, ini bukan rasuah. Ini tolong, kalau awak dah kata macam itu awak bayar je kat kaunter. Dia tutup terus tentang nak kurangkan itu. Lepas itu dia kata lagi, Dia sebenarnya boleh kurang. Kalau orang belajar Diploma ,Degree ,Master dan PHD pun tah tahu beza rasuah dan tolong. Maknanya akal awak tak matang. Aku tak panas time ini, memang rasa macam dia rendahkan aku. Dan aku ye kan je. Lepas ini saya belajar part rasuah vs tolong tentang saman.
Stright aku google Rupanya beza 3 benda ini tak sama. Bergantung pendapat masing2. Diskaun, Tolong dan Rasuah
- Diskaun maknanya dia bagi potongan harga RM 300 dia potong jadi RM 150. Masih tiada apa2 songlap duit. Risit akan tulis RM 150. Jadi Sah
- Tolong maknanya dia guna orang dalam di Bukit Aman. Tapi si tolong ini tak amik duit itu. Yang ambil orang Bukit Aman itu. Part ini Was-Was. Bagi aku haram. Dia sama macam rasuah. Orang dalam itu tolong selesaikan bayar kan kes kita dengan kuasa dia sendiri ada, dalam masa yang sama dia ada ambil bahagian duit kita untuk selesaikan kes kita. Macam upah lah. Ini bergantung pada niat masing2. Korang nak guna cara yang mana. RM 300 atau RM 150. Sebab aku yakin masih ramai di luar sana akan defence untuk bayar guna dalam RM 150 ini. Dia akan respond "Bersyukur lah".
- Rasuah maknanya terang2 si sarjan tu minta atau kita bagi sesuatu untuk kepentingan diri si sarjan itu. Dengan syarat kes kita dia selesaikan dengan kuasa apa dia ada. Part ini bye bye lah.kat akhirat. Allah tak akan lepaskan orang macam ini. Yang bagi dan yang ambil. Dua2 kene.
Ini pengalaman aku.