Pages

Teteron Cotton (TC) VS Cotton

Agak Ramai pembeli ingin mengetahui perbezaan antara TC dan Cotton jika pihak penjual tidak jujur atau tidak nyatakannya. Perbezaannya boleh dikesan melalui beberapa cara seperti:

TC (TETERON COTTON) adalah campuran dari Cotton Combed 35 % dan Polyester (Teteron) 65%.

Cotton Grade:
> Cotton grade biasa akan mengembang atau mengecut selepas beberapa kali basuhan
> Warna kain cotton grade biasa akan pudar dan kusam selepas beberapa kali basuhan
> Warna kain cotton grade biasa kelihatan kurang menyerlah walaupun dalam kondisi baru
> Cotton kurang panas dan selesa dipakai

TC Grade:
> Kelebihan TC adalah lebih tahan ’shrinkage’ (tidak mengecut atau mengembang) meskipun  dicuci banyak kali.
> Warna TC akan kekal lebih lama
> Warna TC lebih terang dan menyerlah
> TC panas sedikit dari cotton tetapi tetap selesa dipakai

TC26 180 g lebih tebal daripada TC30 150 g kerana perbezaan jumlah benang yang digunakan dalam proses tenunan kain.

* hakikatnya, kebanyakan t shirt yang ada di pasaran adalah terdiri dari kain TC cuma ia tidak dinyatakan sebagai TC tetapi dinyatakan sebagai 100% Cotton. Kain TC yang telah dicelup dengan bahan pelembut akan kelihatan 99% seperti cotton.

Kami harap dengan sedikit perkongsian maklumat ini, kita akan mendapat manfaatnya.